Nenek moyang kita menggunakan pakaian yang selesa pada tubuh, sedangkan kita memilih pakaian ketat atau ‘body hugging’.
Jika pakaian sendat atau ketat pada tempat atau bahagian tubuh
seperti anggota kelamin, kita mula terasa kurang selesa, sakit dan
sengal di bahagian tertekan itu.
Bayangkan lelaki yang memakai seluar dan seluar dalam ketat
berjalan jauh atau menaiki motosikal atau kereta. Pakaian ketat itu
memberi tekanan kepada anggota kelaminnya.
Ditambah pula dengan perubahan yang berlaku kepada anggota kelamin
seperti kemunculan ereksi spontan dan penarikan buah zakar dan
cengkaman kerandut buah zakar.
Sudah tentu lelaki itu mengalami pelbagai ‘rasa’ selepas
menanggalkan pakaiannya atau bertukar posisi. Anda lelaki muda dan mudah
mengalami ereksi spontan.
Jika kedudukan zakar anda pada satu tempat dan tersorok dan
kebetulan anda mencapai ereksi, sudah tentu anda terasa sakit ketika
mengubah posisi.
Mungkin perasaan sakit yang anda alami ada kaitan dengan perkara itu.
Perasaan panas atau ‘demam’ boleh berlaku bila-bila masa dan sistem
kawalan suhu badan akan menjalankan tugasnya supaya ia dalam keadaan
stabil.
Tidak hairan jika seseorang yang muda seperti anda mempunyai rasa
seperti ingin demam. Jika inginkan pengesahan sama ada benar-benar
demam, anda perlu catat suhu badan.
Saya pasti suhu badan anda ‘normal’. Bagaimanapun, sila rujuk
kepada doktor jika kita rasa badan tidak berfungsi seperti biasa.
sumber; dr ismail thamby
No comments:
Post a Comment