Negara kaya di dunia mengikut ranking bermula dari tangga ke-1.
1.Qatar
Negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan GDP adalah
Qatar, dengan KDNK mencapai US $ 91.379 per kapita. Negara penganjur
Piala Dunia pada 2022 mendatang ini mempunyai populasi sebanyak 1,69
juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, pengeluaran
minyak mentah dan penyulingan memainkan peranan besar bagi pendapatan
negara ini.
2. Luxembourg
Di posisi kedua adalah Luxembourg, dengan KDNK per kapita US $ 89.562.
Walaupun merupakan negara Eropah yang kecil, bahkan lebih kecil dari
Rhode Island, Luxembourg mempunyai bahasa sendiri iaitu Luxembourgish.
Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Perancis dan Jerman. Penduduk
di sini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar
adalah perbankan, perkhidmatan kewangan, besi dan baja.
3. Emiriah Arab
Emiriah Arab dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 57.774 menjadi negara
terkaya ketiga dunia. Negara yang mempunyai Dubai Mall, pusat
membeli-belah terbesar di dunia ini, terdiri dari tujuh amiriah dan
dikawal oleh presiden. Emiriah Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan
mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.
4. Norway
Sedangkan di kedudukan keempat negara terkaya adalah Norway, dengan KDNK
per kapita mencapai US $ 56.920. Kerajaan Norway adalah salah satu
daripada beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja.
Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategik
ekonomi ini, mempunyai minyak dan gas asli, dan pemprosesan yang bagus.
5. Singapura
Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berjaya masuk senarai
ini adalah Singapura, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.797.
Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta
penduduk. Adapun industri utamanya merangkumi elektronik, kimia, dan
perkhidmatan kewangan.
6. Amerika Syarikat
Amerika Syarikat menduduki tangga keenam negara terkaya dengan KDNK per
kapita US $ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara
terpadat di dunia, dengan penduduk lebih dari 310 juta penduduk.
Industri utamanya termasuk minyak bumi, baja, dan kenderaan bermotor.
7. Switzerland
Walaupun dunia mengenal Switzerland dari penemuan berupa pisau Swiss
Army dan coklatnya lazat, Switzerland sebenarnya adalah negara yang
bagus bagi pelabur.Mereka mendakwa KDNK per kapita mencapai US $ 46.424
dengan jumlah penduduk 7.86 juta orang. Ekonomi Switzerland berdasarkan
industri pelancongan, mesin, dan bahan kimia.
8. Belanda
Dengan KDNK per kapita mencapai US $ 42.447, Belanda menduduki kedudukan
kelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenali untuk kadar
pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16.68 juta. Antara
industri utamanya merangkumi pertanian, logam, dan produk kejuruteraan.
9. Ireland
Ireland berada di kedudukan kesembilan, dengan KDNK per kapita mencapai
US $ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4.58 juta orang ini
menggantungkan ekonominya pada industri utama logam, makanan, dan
tekstil.
10. Austria
Austria adalah negara pada kedudukan kesepuluh dalam senarai negara
terkaya, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 39,711. Negara di mana
gula-gula dengan tanda dagangan PEZ ini ditemui, mempunyai populasi
sebanyak 8.41 juta, dengan sebahagian besar berbahasa Jerman. Antara
industri utama Austria adalah pembinaan, makanan, dan logam.
No comments:
Post a Comment