Wednesday 14 November 2012

makanan tradisional kelantan

Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai makanan tradisional.. Biasanya, makanan tradisional Malaysia ini boleh didapati di seluruh negara. Namun, sesetengah makanan itu agak popular hanya di negeri tertentu. Makanan tradisional ini juga biasanya menjadi lambang kepada sesetengah negeri.. Sebagai contoh, Terengganu popular dengan Kerepok Lekor.. Begitu juga dengan Kelantan.. Kelantan juga mempunyai beberapa makanan tradisional yang agak popular di Kelantan..



 Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini. Sebenarnya banyak lagi makanan yang pelik2 kat kelantan..anda mahu tahu dan rasa sendiri silalah ke kelantan..bawak duit banyak2..

No comments:

Post a Comment